Pages

Saturday, July 31, 2010

~~Konsep 1 Malaysia~~

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita  di sebalik segala perbezaan kita  berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

1 Malaysia boleh disimpulkan melalui 8 nilai 1 Malaysia seperti yang berikut:

1. Penerimaan
2. Ketabahan
3. Budaya Kecermelangan
4. Kesetian
5. Rendah hati
6. Meritokrasi
7. Integriti
8. Pendidikan.


~~Belia yang cemerlang~~

              Sebagai seorang belia, kita patut mencontohi Datuk Nicol Ann David yang telah banyak mengharumkan nama negara Malaysia dengan kejayaan beliau dalam sukan 'Squash'. Negara kita memerlukan ramai golongan belia yang berwawasan tinggi untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Mari kita mengenali latar belakang Datuk Nicol Ann David.

             Datuk Nicol Ann David DB, DSPN, AMN, PJK (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy profesional Malaysia dan beliau adalah pemain skuasy wanita nombor 1 dunia sekarang serta juara pelbagai gelaran dunia (mulai 2005) termasuklah "Terbuka British" sebanyak 3 kali (2005, 2006 dan 2008) dan "Kejohanan Dunia" sebanyak 4 kali (2005, 2006, 2008 dan 2009). Datuk Nicol ialah wanita Asia pertama memenangi gelaran tersebut. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Nicol ialah anak perempuan kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru berketurunan Cina. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl, kedua-duanya adalah pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Sebagai seorang remaja, Datuk Nicol suka membaca yang mana matematik adalah subjek terbaiknya di sekolah. Beliau berjaya mendapat 7A di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 9A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (setaraf dengan O-level) di SMK Convent Green Lane, Green Lane, Pulau Pinang.

              Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.
               Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit.Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.

Sejarah pencapaian

*Juara Terbuka Hong Kong 2006
*Juara Terbuka British 2006
*Cabaran Qatar Airways 2006
*Juara Terbuka Malaysia 2006
*Juara Terbuka Dunia 2006



~~Perayaan Di Malaysia~~


Sebagai seorang belia yang berwawasan, kita seharusnya mengetahui  bahawa negara kita beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni. Negara kita akan menyambut Thaipusam, Hari wilayah, Tahun Baru Cina, Good Friday (Sabah&Sarawak), Hari Wesak, Tadau Kaamatan (Sabah), Gawai Dayak (Sarawak), Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Agong, Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Raya Aidiladha dan Krismas.

~~Rintihan Kemerdekaan~~

Kemerdekaan ini,
Satu anugerah Tuhan...sinaran keberkatan,
Satu nikmat...pancaran kesyukuran,
Memberikan kita wadah hikmah,
Penuh Sejarah,
Membawa seribu erti,
Mencalit seribu makna,
Tidak lagi...dibelanggu,
Tidak lagi...terbelenggu,
Oleh kuasa luar,
Demi pertiwi...
Biar putih tulang,jangan putih mata,
usah digundahkan,
Maruah bangsa mesti dipertahankan,
Demi tatapan generasi wawasan,
Berjanjilah bangsaku,
Pekalah dengan pengorbanan ini,
Isilah kemerdekaan ini dengan sewajarnya,
Kitalah warga merdeka berjiwa besar,
Tanpa sekelumit gentar,
Bersemangat patriotisme!
Dengan asas yang dibina.
Kini masyhur harum menjulang nama,
Kini bangun-bangun pelangi penuh cita-cita.