Pages

Tuesday, August 3, 2010

~ 1 BeLia AsAs PatriotiSme~

                  Apakah yang dimaksudkan dengan 1 Belia Asas Patriotisme ini? Pada hakikatnya. golongan belia yang akan membangunkan anak bangsa pada hari ini. Justeru itu, kerajaan Malaysia menyeru kepada belia-belia hari ini menitik beratkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perpaduan, bersatu hati, bersemangat patriotik, kesetiaan, ketabahan, menerima, dan  budaya kecemerlangan demi melahirkan generasi yang cintakan negara. Walaupun negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah Barat, namun kita tidak boleh melepaskan diri begitu sahaja tanpa berusaha menaikkan lagi martabat negara kita kerana untuk mencapai keharmonian hidup yang berbilang kaum ini, kita haruslah bersatu hati dan mementingkan perpaduan bukannya ketidaksepakatan.
                  Selain itu, program kerajaan yang menganjurkan 'Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)' sangat mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja-remaja di Malaysia cinta akan negara dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum Melayu, Cina dan India. Program ini juga salah satu usaha untuk menyemai semangat patriotik kepada negara kita. Syabas diucapkan kepada kerajaan atas keperihatinan terhadap anak bangsa.
                  Tanpa semangat patriotik daripada belia pada hari ini, negara kita mungkin akan dijajah semula oleh pihak luar. Ini tidak akan terjadi andai kita sentiasa mementingkan sikap perpaduan dalam diri bukannya saling menyalahi sesama kita. Dengan adanya semangat patriotik dalam diri, negara kita akan lebih terbilang dan gemilang. Bangkitlah wahai anak bangsaku, jangan pernah membiarkan negara kita dijajah lagi dan menjadi porak peranda.....Malaysia Boleh Belia Pasti Boleh!!!!

Monday, August 2, 2010

~Satu Tekad Satu Semangat~

Saya berasa sangat-sangat berbangga dilahirkan di bumi Malaysia dan menjadi anak jati di negara ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa negara Malaysia mempunyai berbilang kaum seperti Melayu, India, Cina, Iban, Dusun dan banyak lagi. Kami hidup dalam keharmonian dan sentiasa menyemaikan sikap perpaduan dalam apa jua keadaan. Kami juga berkongsi budaya dan perayaan yang berbeza seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Selain itu, kerajaan kita pada hari ini sangat mementingkan sikap perpaduan dan bersatu hati untuk mencapai misi Satu Malaysia di bawah pimpinan 'Datuk Sri Najib Tun Abd Razak. Semua pihak memainkan peranan untuk mencapai misi ini sesuai dengan cogan kata 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Kita sebagai seorang belia harus berbangga menjadi anak Malaysia yang hidup semakin hari semakin kehadapan dengan penuh semangat waja dan berkeyakinan tinggi. Inilah yang kita perlu tanamkan dalam jiwa kita semua. Lihatlah kehidupan kita pada hari ini yang hidup dengan aman damai tanpa dibelenggu oleh penjajah yang pernah menakluki Malaysia pada satu masa dahulu. Kita juga perlu bersyukur hidup di dalam suasana harmoni tanpa bencana alam seperti Gempa Bumi, Tsunami dan sebagainya tidak seperti negara-negara lain.

~Generasi masa kini~

            Sukar untuk kita gambarkan keadaan atau situasi remaja pada hari ini.Semakin hari semakin meningkat kes-kes seperti pembuangan bayi, rempit, pelacur, penagih, pencuri dan yang lebih dahsyat lagi pembunuh.Nauzubillah, moga-moga kita dan ahli keluarga kita dijauhkan dari kes-kes seperti ini.Sebenarnya, dalam dunia yang semakin canggih ini, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani kes-kes ini bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan negara terbilang. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa kerajaan tidak hanya berpeluk tubuh dalam kes-kes seperti ini kerana wujudnya kempen-kempen "Kami Prihatin" yang dianjurkan oleh 'Datuk Shahrizat' dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga  dan  Masyarakat. Selain itu, kempen-kempen lain juga ade dianjurkan oleh badan-badan tertentu seperti kempen Anti Dadah, Kempen Tak Nak Merokok dan banyak lagi.
              Belia pada hari ini sangat-sangat membimbangkan lebih-lebih lagi remaja yang banyak terlibat dalam kes-kes yang tidak sepatutnya. Kita sebagai belia haruslah memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak muda yang meningkat dewasa untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat seperti menghadirkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti Rakan Muda, aktiviti sukan dan banyak lagi bukannya terlibat di dalam gejala yang tidak sihat.