Pages

Tuesday, August 3, 2010

~ 1 BeLia AsAs PatriotiSme~

                  Apakah yang dimaksudkan dengan 1 Belia Asas Patriotisme ini? Pada hakikatnya. golongan belia yang akan membangunkan anak bangsa pada hari ini. Justeru itu, kerajaan Malaysia menyeru kepada belia-belia hari ini menitik beratkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perpaduan, bersatu hati, bersemangat patriotik, kesetiaan, ketabahan, menerima, dan  budaya kecemerlangan demi melahirkan generasi yang cintakan negara. Walaupun negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah Barat, namun kita tidak boleh melepaskan diri begitu sahaja tanpa berusaha menaikkan lagi martabat negara kita kerana untuk mencapai keharmonian hidup yang berbilang kaum ini, kita haruslah bersatu hati dan mementingkan perpaduan bukannya ketidaksepakatan.
                  Selain itu, program kerajaan yang menganjurkan 'Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)' sangat mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja-remaja di Malaysia cinta akan negara dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum Melayu, Cina dan India. Program ini juga salah satu usaha untuk menyemai semangat patriotik kepada negara kita. Syabas diucapkan kepada kerajaan atas keperihatinan terhadap anak bangsa.
                  Tanpa semangat patriotik daripada belia pada hari ini, negara kita mungkin akan dijajah semula oleh pihak luar. Ini tidak akan terjadi andai kita sentiasa mementingkan sikap perpaduan dalam diri bukannya saling menyalahi sesama kita. Dengan adanya semangat patriotik dalam diri, negara kita akan lebih terbilang dan gemilang. Bangkitlah wahai anak bangsaku, jangan pernah membiarkan negara kita dijajah lagi dan menjadi porak peranda.....Malaysia Boleh Belia Pasti Boleh!!!!

0 comments:

Post a Comment