Saya berasa sangat-sangat berbangga dilahirkan di bumi Malaysia dan menjadi anak jati di negara ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa negara Malaysia mempunyai berbilang kaum seperti Melayu, India, Cina, Iban, Dusun dan banyak lagi. Kami hidup dalam keharmonian dan sentiasa menyemaikan sikap perpaduan dalam apa jua keadaan. Kami juga berkongsi budaya dan perayaan yang berbeza seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Selain itu, kerajaan kita pada hari ini sangat mementingkan sikap perpaduan dan bersatu hati untuk mencapai misi Satu Malaysia di bawah pimpinan 'Datuk Sri Najib Tun Abd Razak. Semua pihak memainkan peranan untuk mencapai misi ini sesuai dengan cogan kata 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Kita sebagai seorang belia harus berbangga menjadi anak Malaysia yang hidup semakin hari semakin kehadapan dengan penuh semangat waja dan berkeyakinan tinggi. Inilah yang kita perlu tanamkan dalam jiwa kita semua. Lihatlah kehidupan kita pada hari ini yang hidup dengan aman damai tanpa dibelenggu oleh penjajah yang pernah menakluki Malaysia pada satu masa dahulu. Kita juga perlu bersyukur hidup di dalam suasana harmoni tanpa bencana alam seperti Gempa Bumi, Tsunami dan sebagainya tidak seperti negara-negara lain.
0 comments:
Post a Comment